About Me

Monday, May 17, 2010

Dear my sad story

Aku baru sampai dari Kelantan..about 3 hours and half memecut di banjaran titwangsa, melintasi 3 negeri untuk sampai ke sungai petani. And tomorrow is working day again..sigh.
Dalam perjalanan yg panjang sorang2 tadi sempat la aku membuat beberapa flash back kenangan2 lepas yang kadang2 tak sempat aku nak fikir masa aku kat sini sebab sibuk dengan kerja.
Yang paling terkesan di hati ialah tarikh 25 April 2010 yang baru2 ni berlalu.
Kebiasaan bagi aku selama ini untuk menyambut tarikh itu dengan penuh rasa bahagia sebab itu adalah tarikh lahir seseorang yg amat bermakna dlm hidupku. Selama 7 tahun aku kenal dia, xpernah sekali aku lupa tarikh itu. Bagi aku, April adalah bulan yg indah.
Tapi berbeza tahun ini. Tahun ini, 25 April itu berlalu tanpa apa2. Tahun ini, aku berperang dengan perasaan hati sendiri untuk tidak menghubungi dia dan melupakan tarikh itu. Berperang untuk melalui hari itu tanpa makna.
Antara dia yg lahir pada hari itu dan aku sudah tidak ada apa2. Matanya yg dingin ketika melihat aku kali terakhir aku berjumpa dia masih segar dlm ingatan aku. Kali terakhir itu aku dpt merasakan betapa aku dan dia bukan lagi seperti dulu.
Jadi tidak ada maknanya untuk aku mengingati hari itu walau betapa kuatnya perasaan ini terhadapnya.
Dan tidak ada maknanya aku menghubungi dia kalau tidak ada apa untuk dia katakan pada aku lagi. Walaupun ada banyak yg ingin aku katakan padanya.
Tidak ada maknanya untuk aku terus menyambut 25 April itu saat aku tahu dia memilih untuk dingin denganku, menjauh dariku dan mewujud jurang antara dia dan aku. Walau hati ini tak mampu untuk menjauh.
Biarlah setiap hari aku mengingati dia sebagai kenangan terindah pernah kumiliki. Dan menjalani hidup dengan mendoakannya tetap bahagia dengan hidupnya tanpa aku.

No comments:

Post a Comment